Friday, April 24, 2009

Self learning

Pisces

Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .

Rahsia Tarikh Lahir 4 /11

From kajian Datuk fadzilah Kamsah

April

Somehow my office word couldnt copy out all the text from t article, never mind retype.OK April

1.sangat aktif dan dinamik.
2.Cepat bertindak membuat keputusan dannnnnnnnnn...cept juga menyesal
3.Sangat menarik dan pandai menjaga diri
4.punya daya mental yang kuat
5.Suka diberi perhatian.
6.Sangat diplomatik aka pandai memujuk
7.Pandai berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang ..mm boleh la jadi mentor
8.Sangat berani dan pandai menyelesaikan masalah
9.Suka perkara mencabar,pengasih , penyayang,sopan satun dan permurah.
10.Emosi cepat terusik...kenala pandai 2 berlapik kalau bergurau..kang tak pasal 2 dapat lepang Free.


Novermber

Dia ni dikatakan orang yang jenis banyak idea...idea2 bernas tu terlalu banyak sampai ke tahap ekstem luarbiasa,jadi mungkin sbb tu la payah nak memahami sikap si dia .../profession yang sesuai untuk dia ialah doktor sbb dia ni jugak cerdik sungguh.lagi tu cermat dan teliti.

lagi Dato' cakap dia ni berpesonaliti dinamik?/..ni x paham(wish somebody can explain).
Bab Berahsia pulak memang dia pandai....(betul2).

ada banyak lagi tapi disebabkan ..sangat2 la mengantuk..esok ada tenis lagi

Ok (30 may 09.2 pagi) sambung balik part Nov ....

Dia juga banyak berfikir, mesra walaupun kurang bercakap.
berani , pemurah setia dan banyak bersabar ..
mudah ambil berat pasal orang lain
pandai muhasabah diri
kasih sayang dan emosi yg sangat medalam ..juga romantik
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah- berubah well thats it, all by herself alone ?

Next let c December...sign off bi


so to be continued.

wassalam

Wednesday, April 22, 2009

Cinta adalah Api.

Bila digunakan pada tempatnya, maka ia akan menghangatkan, memasak, menerangi dan membawa keindahan.

Namun bila ditaruh bukan pada tempatnya, maka akan membakar dan menghanguskan. Inilah api yang dhahir.

Bagaimana dengan api yang batin, ketika berpijar dalam kerinduan kepada ALLAH SWT.. Nafas Muhammadiy.. Jiwa Muhammadiy.. Semangat Muhammadiy saw..

Demikianlah jiwa-jiwa yang merindukan ALLAH, insan-insan mulia yang bernafas di muka bumi dalam satu nafas..

Oleh sebab itu, ALLAH SWT menamakan Nabi Muhammad SAW adalah “Siraajan Muniira” (Pelita yang berpijar terang benderang), dan pelita itu terang karena apinya. Api cinta Sayyidina Muhammad SAW kepada ALLAH SWT. Cinta yang paling suci dari semua cinta.



Diambil dari shafiqahsantun...dia pulak ambil dari
almukminun